Pages

Rabu, November 16, 2011

MAJLIS KONVOKESYEN TABIKA PERPADUAN DAERAH KULIM/BB 2011

Program : Majlis Konvokesyen Tabika Perpaduan Peringkat Daerah Kulim/BB
Tarikh : 16 November 2011 (RABU)
Tempat : Dewan Pusat Aktiviti Perpaduan JPNIN Kulim/BB
Dirasmikan Oleh : Yg Bhg. En Mohd. Saidi B. Midin
                            Pengarah JPNIN Negeri Kedah

Syukur....Alhamdulillah...telah pun selesai Majlis Konvokesyen Tabika Perpaduan Daerah Kulim/BB bagi tahun 2011...Segala penat lelah dan usaha para pegawai dan guru-guru akhirnya berbaloi apabila majlis yang telah dirancang berjalan dengan lancar dan meriah sekali...

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tn. Pengarah JPNIN Negeri Kedah, Yg Bhg. En. Mohd. Saidi B. Midin yang telah sudi hadir dan sekali gus merasmikan Majlis Konvokesyen Tabika Perpaduan Daerah Kulim/BB bagi tahun 2011. 

Ucapan TAHNIAH kepada murid-murid dari 21 buah Tabika Perpaduan seluruh daerah Kulim/BB yang telah menerima sijil tamat pendidikan prasekolah masing-masing.....Seramai 63 orang murid telah terpilih untuk menerima sijil anugerah pelajar cemerlang bagi tahun 2011..TAHNIAH kepada adik MUHD AFZAN ZUHAIL BIN HAMIZAN...NUR QISYA DANIELA BT ZAIRUL NIZAM DAN NABULLAH HURIN BT ANDULLAH dari KTP Pekan Kulim yang telah terpilih untuk menerima anugerah murid cemerlang bagi tahun 2011...TAHNIAH juga kepada 25 orang murid2 KTP Pekan Kulim yang telah menerima sijil tamat pendidikan prasekolah....

Bagi anak murid cikgu yang akan melangkah ke tahun 1 pada tahun hadapan, doa dan harapan cikgu agar kalian terus maju dan berjaya di masa hadapan, menjadi insan yang cemerlang serta menjadi harapan kepada keluarga...agama....bangsa dan negara kelak.....InsyaAllah...


Kenangan konvokesyen 2011.....



pentas konvokesyen 2011...hasil usaha dan kreativiti cikgu2...

ucapan perasmian oleh Yg Bhg En Mohd Saidi B. Midin...Pengarah JPNIN Neg. Kedah

persembahan pembukaan choral speaking...

penyampaian sijil cemerlang....

TAHNIAH...Muhd Afzan Zuhail B. Hamizan

TAHNIAH....Nur Qisya Daniela Bt. Zairul Nizam

TAHNIAH.....Nabila Hurin Bt Abdullah

TAHNIAH.....semoga terus maju dan cemerlang di masa hadapan....

TAHNIAH semua wahai anak murid kesayangan cikgu...

persembahan selingan...tabikarama

setia menunggu giliran....

pegawai2 dan cikgu2....ceria bergambar kenangan....

syukur majlis selesai dan berjalan lancar....pegawai n cikgu2 nampak ceria walaupun kepenatan...

Majlis Perpisahan dan Sambutan Hari Jadi

Pada hari Ahad (13.11.2011) yang lalu telah diadakan jamuan majlis perpisahan dan sambutan hari jadi murid-murid KTP Pekan Kulim....ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua ibu bapa yang telah memberi sumbangan berupa juadah makanan dan terima kasih juga kapada KRT Pekan Kulim yang telah sudi memberi sumbangan kepada KTP Pekan Kulim.  Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran PPPD JPNIN Kulim/BB En. Shahrizad Bin Mohd Dahalan, Pengerusi KRT Pekan Kulim, En Md Isa dan tidak ketinggalan Pengerusi JPTP Pn. Yuzila Bt Mohd Yusuf yang telah banyak membantu dan memberi sokongan serta komitmen dalam menjalankan semua aktiviti-aktiviti KTP Pekan Kulim sepanjang tahun 2011..Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua....
Majlis turut menyerahkan sijil penghargaan kepada 11 orang AJK JPTP yang telah memberi komitmen dan sokongan padu dalam menjalankan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2011...sijil penghargaan ini telah disampaikan oleh En. Shahrizad B. Mohd Dahalan...murid-murid juga menerima cenderahati dan sijil tamat prasekolah dari Pengerusi KRT Pekan Kulim, En. Md Isa....Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua AJK JPTP dan tahiah juga kepada semua murid tabika yang telah menamatkan pembelajaran bagi tahun 2011...
Juadah hidangan sumbangan waris dan ibu bapa murid

kek hari jadi....Selamat Hari Jadi murid-murid ku.....


antara yg hadir...PPPD...pengerusi & AJK KRT Pekan Kulim...

Ucapan PPPD...EN. Shahrizad Bin Dahalan....

Penyampaian sijil penghargaan JPTP Pekan Kulim....

Penyampaian sijil dan hadiah cenderahati kpd murid2

bergambar kenangan bersama pengerusi JPTP Pn. Yuzila....

Selamat Hari Jadi murid2 ku....

Rabu, November 02, 2011

Kejayaan Team Choral Speaking Daerah Kulim/BB di raikan di KFC Kulim

TAHNIAHHHH...kejayaan team choral speaking kulim/bb telah diraikan pada 31.10.2011 yang lalu di KFC Kulim.  Majlis penyampai hadiah dan penyerahan sijil kepada 25 orang peserta choral speaking ini telah disempurnakan oleh Pn. Norharison Bt Romli PPPD JPNIN Kulim/BB. Pada majlis ini juga seramai 22 orang murid peserta tabikarama turut diraikan.  Pelbagai acara meenarik disediakan oleh pihak KFC untuk meraikan kejayaaan anak-anak tabika ini...Turut hadir ke majlis PPPD En. Shahrizad B. Mohd Dahalan dan En. Fazley B.  Fisol, Pn. Maryam dan guru-guru tabika perpaduan....

KFC Kulim

Penyerahan sijil dan hadiah....

antara yang hadir...

meriahhhhnya....!!!!!

antara PPPD JPNIN yg turut hadir memeriahkan majlis....

peserta choral speaking dr KTP Pekan Kulim.....

Sabtu, Oktober 22, 2011

Pertandingan Mewarna Kelab 3K Anjuran Jabatan Bomba & Penyelamat Zon Kulim & Hi-tech

Pada Hari Khamis yang lalu telah berlangsung Pertandinga Mewarna murid-murid tabika anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Kulim dan Hi-Tech Kulim. Seramai lebih kurang 150 penyertaan murid tabika dari pelbagai tabika di sekitar Kulim antaranya dari Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan juga tabika swasta telah menyertai pertandingan ini.  Alhamdulilllah, tempat pertama telah dimenangi oleh murid dari Tabika Perpaduan Pekan Kulim.  TAHNIAH!!! adik Nur Qisya Daniela kerana telah berjaya memenangi tempat pertama segali gus berjaya membawa pulang sebuah basikal.  Terima kasih bomba di atas hadiah lumayan yang diberikan.  TAHNIAH juga buat adik Muhd. Afzan Zuahai B. Hasnizan yang berjaya mendapat tempat ke-7 dan adik Muhd. Ammar B. Abu Seman tempat ke-11.  Masing-masing mendapat hadiah hamper. 

Beberapa keping gambar semasa pertandingan mewarna ini berlansung....
Murid-murid dah bersedia nak mewarna

Kena Tukar baju la pulak...baju kelab 3K bomba....dapat t-shirt...

baru boleh mula mewarna.....

maskot bomba....tupai.....rupanya.....

Adik Nur Qisya Daniela asyik mewarna...tak sangka pulak boleh menang No 1....
TAHIAH adik Nur Qiesya Daniela Bt Zairul Nizam....
sempat bergambar dengan maskot bomba si tupai....
sambutan kehadiran VIP...YB Dato' Abd Aziz B. Haji Sheikh Fadzir....

YB Dato' Abd Aziz B. Haji Sheikh Fadzir.


Ahad, Oktober 16, 2011

Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri Kedah 2011

HARI : SABTU
TARIKH : 15.10.2011
TEMPAT : DEWAN IKM SG. PETANI KEDAH

TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH!!!  kepada daerah Kulim/B.Baharu yang telah berjaya mendapat naib johan peringkat negeri Kedah...Seramai 25 orang murid dari tabika-tabika perpaduan daerah Kulim/BB telah terpilih untuk menyertai team choral speaking ini....Seramai 3 orang murid dari Tabika Perpaduan Pekan Kulim telah turut serta dalam team ini...TAHNIAH buat Muhd. Afzan Zuhail Bin Hamizan...Nur Qisya Daniela Binti Zairul Nizam dan Nabillah Hurin Binti Mohd Aidil yang telah terpilih mewakili KTP Pekan Kulim...TAHNIAH juga buat semua wakil murid-murid tabika dari seluruh KTP daerah Kulim/BB...ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua murid yang terlibat, para ibu bapa, guru-guru serta penolong guru atas komitmen yang diberikan sepanjang menjalani latihan selama 6 minggu berturut-turut dan akhirnya membuahkan kejayaan dan hasil yang membanggakan......tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada pegawai-pegawai JPNIN daerah Kulim/BB yang telah memberi sokongan padu dan kepercayaan kepada kami...TAHNIAH dan terima kasih semuanya....penat lelah kita berbaloi juga akhirnya.....

Rakaman video choral speaking murid-murid Tabika Perpaduan Daerah Kulim/BB yg sempat dirakam....jom layannnn....


Isnin, September 26, 2011

Lawatan ke Rumah Amal Kulim Sempena Sambutan Majlis Hari Raya AIdilfitri

Alhamdulillah program bersama Rumah Amal Kulim yang telah dirancang sekian lama dapat dilaksanakan dengan lancarnya dalam suasana yang sungguh meriah.  Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat khasnya buat Pengerusi JPTP KTP Pekan Kulim, Pn Yuzila Binti Mohd Yusof yang telah berusaha bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan.  Ucapan terima kasih tidak terhingga juga ditujukan kepada En Shahrizad B. Mohd Dahalan, wakil dari PPD Kulim/BB yang turut hadir bersama memeriahkan majlis ini...seterusnya kepada seluruh warga Rumah Amal Kulim...AJK JPTP KTP Pekan Kulim...semua ibu bapa serta waris murid...terima kasih banyak kepada semua.
Majlis Hari Raya Aidilfitiri tidak akan bermakna tanpa duit raya kaaaannnn....oleh itu, ucapan terima kasih daun keladi diucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Abd Aziz Bin Haji Sheikh Fadzir yang telah diwakili oleh pembantu peribadi beliau En. Fendi telah memberi sumbangan duit raya kepada lebih kurang 80 orang  kanak-kanak istimewa Rumah Amal dan murid-murid KTP Pekan Kulim...seronok tak terkira kanak-kanak dapat duit raya.....terima kasih daun keladi yaaaa Dato'...mudah-mudahan tahun depan ada lagi rezeki kami.....hehehehe
Semoga program bersama ini dapat diteruskan pada tahun hadapan dan InsyaAllah akan dijadikan program tahunan untuk KTP Pekan Kulim...
oklahhh....jom kita layan gambar pulak.....
Pengerusi JPTP Pn. Yuzila bergambar kenangan bersama warga istimewa Rumah Amal..

Ucapan PPD JPNIN Kulim/BB

Memotong kek sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Para tetamu dan hadirin yang memeriahkan lagi majlis...
sumbangan duit raya kepada warga istimewa Rumah Amal Kulim

murid2 tabika juga menerima sumbangan duit raya  dari en. Fendi wakil YB Dato Aziz

Persembahan dari Rumah Amal Kulim

Persembahan dari murid2 KTP Pekan Kulim....

selamat menjamu selera.........

Bergambar kenangan bersama warga Rumah Amal Kulim..








Ahad, Ogos 21, 2011

Pertandingan Mereka Cipta Sepanduk Kemerdekaan & Hari Raya 2011

Syukur Alhamdulillah...telah pun selesai Program Pertandingan Mereka Cipta Sepanduk Kemerdekaan & Hari Raya 2011.  Program ini adalah anjuran bersama KTP Taman Jati 1 & 2 dengan KTP Pekan Kulim, KTP Taman Kenari 1 dan KTP Taman Kenari 2.  Terima Kasih dan tahniah kepada semua guru-guru yang terlibat....
Matlamat program ini adalah untuk mewujudkan satu kolaborasi yang positif antara JPTP, Tabika Perpaduan dan waris murid kanak-kanak bagi melaksanakan satu program yang memberi manfaat kepada murid-murid tabika dalam menyemai semangat cintakan negara, dan meraikan perayaan kaum-kaum lain di Malaysia sebagai rakyat yang pelbagai kaum dan mengamalkan konsep 1 MALAYSIA...
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ibu bapa dan para waris KTP Pekan Kulim yang memberi komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.  Ucapan Tahniah juga kepada para waris yang telah berjaya memenangi tempat pertama di dalam pertandingan mereka cipta sepanduk Kemerdekaan dan Hari Raya....untuk anak-anak tabika juga, tahniah diucapkan kerana berjaya menghasilkan kad ucapan Selamat Hari Raya dan Kad Ucapan Hari Kemerdekaan.
Untuk tatapan semua saya upload beberapa keping gambar program tersebut.....kalau rajin nanti saya akan buat dalam bentuk slideshow pula....InsyaAllah....atau pun boleh tengok dalam FB KTP Pekan Kulim dah saya upload berkeping2 gambar.....
Jom layannnnnnnnn gambar2 nie dulu .....
Murid-murid dari  KTP Pekan Kulim yang hadir ke program.....
Murid-murid menghasilkan kad ucapan Selamat Hari Raya dan Merdeka....

Ibu bapa dan waris murid yang menyertai pertandingan mereka cipta sepanduk

Kad ucapan yang dihasilkan oleh murid-murid

5 Kelas yang bertanding dalam pertandingan merekacipta sepanduk...

TAHNIAHHH....KTP Pekan Kulim menang tempat pertama.....
"Hak Cipta Terpelihara"...hasil usaha gigih para waris...TAHNIAHHH

guru-guru yang terlibat.....
Dan gantung pun kat depan kelas......