Pages

Ahad, Januari 23, 2011

Mesyuarat Penubuhan JPTP Tahun 2011

TARIKH          :23 JANUARI 2011
MASA             :12.30 TGH HARI
TEMPAT        :KELAS TABIKA PERPADUAN PEKAN KULIM
Mesyuarat penubuhan JPTP telah diadakan bersama ibu bapa dan waris murid-murid KTP Pekan Kulim bagi sesi 2011. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kulim / B. Baharu dan pengerusi JPTP tahun lepas Pn. Yuzila Bt. Mohd Yusof.  Berikut adalah ringkasan mesyuarat yang diadakan.
1.    Ucapan aluan oleh Penolong Pegawai Perpaduan Daerah.
2.    Pengenalan kepada JPNIN dan Tabika Perpaduan.
3.    Taklimat ringkas penubuhan JPTP.
4.    Penubuhan JPTP Sesi 2011.
5.    Penjelasan kutipan sumbangan oleh bendahari tabika.
PENUBUHAN JAWATANKUASA PENYELARAS TABIKA PERPADUAN 2011

Pengerusi                            :Pn. Yuzila Bt. Mohd Yusof
Timbalan Pengerusi        :Pn. Dayang Masinah Bt. Awang Ayup
Setiausaha                          :Pn. Suzana Bt Md Noor
Naib Setiausaha                :Pn. Nabisa Bt. Ommer Bashier
Bendahari                           :Pn. Fatimah Bt. Saad
Juru Audit                           :En. Rosli B. Hashim
                                                :Pn. Norlaila Bt. Kasa
AJK                                        :Pn Zaharah Bt. Hussin
                                                :Pn. Norzalina Bt. Bahar
:Pn. Noriza Bt. Abdul Ghani
:Pn. Rahimah Bt. Deris
:En. Ahmad Tajuddin B. Mahat
                                :En. Mohd Zainol B.Arshad
:En. Mohd Yusoff B. Md. Isa
:En. Zairul Nizam B. Zainul

Mesyuarat telah berjalan dengan lancar. Pihak tabika berharap agar semua ibu bapa dapat memberi komitmen, sokongan dan kerjasama dalam menjayakan segala aktiviti tabika yang bakal dilaksana. Terima Kasih.
.

Apakah JPTP ?

JAWATANKUASA PENYELARAS TABIKA PERPADUAN (JPTP)

1.    OBJEKTIF
Membantu memupuk perpaduan di kalangan kanak-kanak Tabika Perpaduan, ibu bapa dan komuniti tempatan serta membantu Tabika Perpaduan dilaksanakan dengan lebih berkesan, lancar dan bermutu.

2. FUNGSI JPTP
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti yang bersesuaian bagi kanak-kanak.
  • Membantu dan bekerjasama dengan Guru/Penolong Guru dalam penyediaan alat bantu mengajar (ABM).
  • Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti ke arah pembangunan komuniti aktiviti khususnya dalam bidang kebajikan, kesihatan, pemakanan dan keselamatan kanak-kanak di dalam dan di luar kelas.
  • Berusaha untuk menambahkan tabung kewangan kelas melalui pelbagai cara kecuali para 10.3. 
  • Menjalinkan jaringan hubungan (networking) di antara kelas dan agensi-agensi kerajaan/swasta/badan bukan kerajaan serta pemimpin komuniti setempat.
  • Berusaha mempertingkatkan imej kelas Tabika Perpaduan.

3. SYARAT PENUBUHAN JPTP
  • Hanya satu JPTP yang ditubuhkan jika terdapat dua atau lebih kelas di bangunan yang sama.
  • Pengendalian akaun serta akaun bank perlu berlainan bagi setiap kelas dengan Bendahari masing-masing. Hanya seorang sahaja Guru perlu dipilih sebagai Setiausaha. Guru yang tidak dipilih sebagai Setiausaha boleh dipilih sebagai Setiausaha Bersama di kelas masing-masing manakala Penolong Guru setiap kelas dilantik sebagai Bendahari.
4. KEANGGOTAAN
  • Keanggotaan JPTP hendaklah terdiri daripada wakil Jawatankuasa Rukun Tetangga/ibu bapa dan permastautin yang berminat. Penyertaan pelbagai keturunan adalah digalakkan.
  • Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan hendaklah mengandungi anggota-anggota seperti berikut :
    1. Penasihat - Pegawai Perpaduan Daerah / Pegawai Perpaduan Bahagian / Penolonng Pegawai Pembangunan Masyarakat / Pembantu Pegawai Perpaduan.
    2. Seorang Pengerusi - Jawatan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan hendaklah dipilih di kalangan wakil Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga atau ibu bapa/permastautin setempat.
    3. Seorang Timbalan Pengerusi - Seorang Timbalan Pengerusi dipilih di kalangan ibu bapa / permastautin setempat/Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga.
    4. Seorang Setiausaha - Guru Tabika secara automatik dilantik sebagai Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan.
    5. Seorang Penolong Setiausaha - Penolong Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan dilantik di kalangan ibu bapa.
    6. Seorang Bendahari - Penolong Guru Tabika secara automatik dilantik sebagai Bendahari Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan.
    7. Tujuh Orang Ahli Jawatankuasa Atau Lebih - Tujuh orang atau lebih dipilih di kalangan ibu bapa/pemastautin/Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga bergantung kepada bilangan kelas di tempat yang sama.
    8. Juruaudit - Dua orang dipilih di kalangan ibu bapa/pemastautin setempat/Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga.
5. TEMPOH PERKHIDMATAN
Tempoh perlantikan adalah selama setahun. Pelantikan boleh dilanjutkan semula
sekiranya berminat.

Khamis, Januari 20, 2011

Sound out letters of the alphabet (basic phonics).

Murid-muridku di Minggu Ketiga

rutin pagi...berbaris...ucap salam....bacaan doa...
membimbing rakan

abang bimbing adik
khusyuk menonton

Rabu, Januari 19, 2011

Pendaftaran Sesi 2012

Pendaftaran untuk sesi 2012 bagi murid 5 dan 6 tahun kini dibuka.  Sila dapatkan borang pendaftaran dari guru tabika.

Selasa, Januari 18, 2011

Kenali KTP Pekan Kulim

KTP Pekan Kulim telah mula beroperasi sejak tahun 1976.  Pada ketika itu KTP Pekan Kulim beroperasi di sebuah bangunan kerajaan bersebelahan mahkamah Kulim.  Sepanjang tempoh itu KTP Pekan Kulim telah beberapa kali berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. 

Pada 1 Julai 2007, KTP Pekan Kulim telah berpindah sekali lagi kerana keadaan rumah yang disewa tidak sesuai untuk dijadikan tabika. Di atas usaha dan kerjasama RT, JPTP dan  waris kanak-kanak, KTP Pekan Kulim kini beroperasi di sebuah rumah yang disewa di Taman Tunku Putra. 

Sehingga ke hari ini usia KTP Pekan Kulim telah pun menjangkau usia lebih 20 tahun dan merupakan KTP yang pertama dan tertua di Daerah Kulim / Bandar Baharu.  Semenjak penubuhannya, bilangan murid-murid yang mendaftar ke KTP Pekan Kulim semakin bertambah dari tahun ke setahun.  Bagi sessi tahun 2011 seramai 25 orang murid telah didaftarkan untuk mengikuti pendidikan awal kanak-kanak prasekolah.

Kenali Tabika Perpaduan

Objektif
Bertujuan membentuk potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan diri yang seimbang, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif dengan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukunegara.


Soalan Lazim

1.Bagaimanakah proses dan cara untuk melaksanakan pembukaan kelas Tabika  Perpaduan?
  1. Permohonan dari Kawasan Rukun Tetangga.
  2. Lawatan ke Premis untuk melihat & menilai kesesuaian kelas.
  3. Perlu perakuan dan dikemukakan kepada Pejabat Perpaduan Negeri.
  4. Perlu perakuan dan dikemukakan kepada Ibu Pejabat JPNIN.
  5. Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pembukaan Kelas Tabika Perpaduan.
  6. Maklum keputusan terima/tolak kepada Pejabat Perpaduan Negeri untuk tindakan selanjutnya.
2. Apakah keistimewaan atau kelebihan Tabika Perpaduan berbanding tadika lain
  • Tabika Perpaduan berpengalaman sejak tahun 1976.
  • Mempunyai sebanyak 1643 kelas Tabika Perpaduan di seluruh Malaysia.
  • Menyemai nilai-nilai murni & perpaduan melalui kepelbagaian kaum.
  • Berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukunegara.
  • Menggunapakai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
  • Mempunyai Guru & Penolong Guru yang kreatif, inovatif & terlatih.
  • Dikawal selia oleh Pegawai Perpaduan Daerah & Komuniti Rukun Tetangga.
  • Terdapat Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) terdiri dari Ibu Bapa.
3. Siapakah yang wajar dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut  mengenai pelaksanaan dan pengendalian kelas Tabika Perpaduan
  • Pejabat Perpaduan Daerah – Pegawai Perpaduan Daerah @ Pembantu Pegawai.
  • Pejabat Perpaduan Negeri – Pegawai Unit Tabika, Bahagian Operasi.
  • Ibu Pejabat – Pegawai Unit Tabika, Bahagian Pembangunan Komuniti.
4. Apakah peranan Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan?
  • Membantu Guru/Penolong Guru berkaitan kelas Tabika Perpaduan.
  • Membantu menjaga kebajikan kelas dan kanak-kanak.
  • Bersama-sama menjayakan aktiviti berkaitan perpaduan.
  • Bersama-sama menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan kelas.
5. Apakah syarat atau kriteria pemilihan untuk menjadi kanak-kanak Tabika Perpaduan?
  • Ibu bapa berpendapatan kurang dari RM 1,500.00.
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun diutamakan.
  • Pelbagai kaum.

Ahad, Januari 16, 2011

Assalamualaikum...Salam Sejahtera...Salam Perpaduan dan Salam Satu Malaysia

Alhamdulillah...akhirnya dapat juga saya membina portal khas untuk KTP Pekan Kulim.  Telah lama ianya menjadi hasrat dan impian saya...namun disebabkan kekangan masa, hanya baru sekarang ianya dapat dibina.  Saya berharap agar dengan lahirnya blog ini, saya dapat berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan di dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak khususnya pendidikan prasekolah....