Pages

Isnin, September 26, 2011

Lawatan ke Rumah Amal Kulim Sempena Sambutan Majlis Hari Raya AIdilfitri

Alhamdulillah program bersama Rumah Amal Kulim yang telah dirancang sekian lama dapat dilaksanakan dengan lancarnya dalam suasana yang sungguh meriah.  Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat khasnya buat Pengerusi JPTP KTP Pekan Kulim, Pn Yuzila Binti Mohd Yusof yang telah berusaha bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan.  Ucapan terima kasih tidak terhingga juga ditujukan kepada En Shahrizad B. Mohd Dahalan, wakil dari PPD Kulim/BB yang turut hadir bersama memeriahkan majlis ini...seterusnya kepada seluruh warga Rumah Amal Kulim...AJK JPTP KTP Pekan Kulim...semua ibu bapa serta waris murid...terima kasih banyak kepada semua.
Majlis Hari Raya Aidilfitiri tidak akan bermakna tanpa duit raya kaaaannnn....oleh itu, ucapan terima kasih daun keladi diucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Abd Aziz Bin Haji Sheikh Fadzir yang telah diwakili oleh pembantu peribadi beliau En. Fendi telah memberi sumbangan duit raya kepada lebih kurang 80 orang  kanak-kanak istimewa Rumah Amal dan murid-murid KTP Pekan Kulim...seronok tak terkira kanak-kanak dapat duit raya.....terima kasih daun keladi yaaaa Dato'...mudah-mudahan tahun depan ada lagi rezeki kami.....hehehehe
Semoga program bersama ini dapat diteruskan pada tahun hadapan dan InsyaAllah akan dijadikan program tahunan untuk KTP Pekan Kulim...
oklahhh....jom kita layan gambar pulak.....
Pengerusi JPTP Pn. Yuzila bergambar kenangan bersama warga istimewa Rumah Amal..

Ucapan PPD JPNIN Kulim/BB

Memotong kek sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Para tetamu dan hadirin yang memeriahkan lagi majlis...
sumbangan duit raya kepada warga istimewa Rumah Amal Kulim

murid2 tabika juga menerima sumbangan duit raya  dari en. Fendi wakil YB Dato Aziz

Persembahan dari Rumah Amal Kulim

Persembahan dari murid2 KTP Pekan Kulim....

selamat menjamu selera.........

Bergambar kenangan bersama warga Rumah Amal Kulim..