Pages

Ahad, Ogos 21, 2011

Pertandingan Mereka Cipta Sepanduk Kemerdekaan & Hari Raya 2011

Syukur Alhamdulillah...telah pun selesai Program Pertandingan Mereka Cipta Sepanduk Kemerdekaan & Hari Raya 2011.  Program ini adalah anjuran bersama KTP Taman Jati 1 & 2 dengan KTP Pekan Kulim, KTP Taman Kenari 1 dan KTP Taman Kenari 2.  Terima Kasih dan tahniah kepada semua guru-guru yang terlibat....
Matlamat program ini adalah untuk mewujudkan satu kolaborasi yang positif antara JPTP, Tabika Perpaduan dan waris murid kanak-kanak bagi melaksanakan satu program yang memberi manfaat kepada murid-murid tabika dalam menyemai semangat cintakan negara, dan meraikan perayaan kaum-kaum lain di Malaysia sebagai rakyat yang pelbagai kaum dan mengamalkan konsep 1 MALAYSIA...
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ibu bapa dan para waris KTP Pekan Kulim yang memberi komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.  Ucapan Tahniah juga kepada para waris yang telah berjaya memenangi tempat pertama di dalam pertandingan mereka cipta sepanduk Kemerdekaan dan Hari Raya....untuk anak-anak tabika juga, tahniah diucapkan kerana berjaya menghasilkan kad ucapan Selamat Hari Raya dan Kad Ucapan Hari Kemerdekaan.
Untuk tatapan semua saya upload beberapa keping gambar program tersebut.....kalau rajin nanti saya akan buat dalam bentuk slideshow pula....InsyaAllah....atau pun boleh tengok dalam FB KTP Pekan Kulim dah saya upload berkeping2 gambar.....
Jom layannnnnnnnn gambar2 nie dulu .....
Murid-murid dari  KTP Pekan Kulim yang hadir ke program.....
Murid-murid menghasilkan kad ucapan Selamat Hari Raya dan Merdeka....

Ibu bapa dan waris murid yang menyertai pertandingan mereka cipta sepanduk

Kad ucapan yang dihasilkan oleh murid-murid

5 Kelas yang bertanding dalam pertandingan merekacipta sepanduk...

TAHNIAHHH....KTP Pekan Kulim menang tempat pertama.....
"Hak Cipta Terpelihara"...hasil usaha gigih para waris...TAHNIAHHH

guru-guru yang terlibat.....
Dan gantung pun kat depan kelas......