Pages

Isnin, Jun 20, 2011

Aktiviti P & P - Mesra Alam

Aktiviti tema Mesra Alam : Tanam Pokok - Percambahan Biji Benih

Jom kita layan gambar aktiviti versi slide pulak....


P&P di Toy Library JPNIN Kulim/B.Baharu Kali Ke-2

Lawatan ini merupakan lawatan kali yang ke-dua bagi KTP Pekan Kulim.  Tema pada minggu ini adalah "Mesra Alam". 

Sebelum memulakan aktiviti, murid-murid diberi peluang untuk bermain dengan alatan permainan dari sudut Tunjang Sains dan Teknologi. Setiap kumpulan diberikan alatan cantuman, "puzzle", "lacing bead" dan alatan-alatan lain yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran motor halus.  Aktiviti ini dijalankan bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kemahiran motor halus malah aktiviti ini juga dapat meningkatkan lagi daya penumpuan murid terhadap aktiviti yang mereka lakukan, mengembangkan daya kreativiti dan imaginasi murid serta perkembangan emosi yang sihat, melahirkan rasa keseronokan semasa menjalankan aktiviti.

alat cantuman untuk kemahiran motor halus

aktiviti yang dapat meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti murid
daya tumpuan dan fokus murid terhadap aktiviti yang dijalankan

"lacing bead" - dapat meningkatkan lagi daya tumpuan murid...

Aktiviti lain yang dijalankan oleh murid-murid adalah aktiviti berkaitan dengan tema mingguan yang diberi, iaitu Mesra Alam.  Saya telah merancang aktiviti tanaman pokok (percambahan biji benih).   Sebagai induksi kepada aktiviti ini, Murid-murid telah diberi peluang untuk menerokai tumbuhan semulajadi di persekitaran Perpustakaan Permainan.  

memberi tumpuan terhadap penerangan guru...

set induksi p&p tema Mesra Alam

meneroka alam sekitar - tumbuhan

mengenali bahagian-bahagian tumbuhan

pengetahuan baru murid.....percambahan benih...

gunakan kemudahan yang disediakan di perpustakaan permainan

aktiviti yang dijalankan - percambanhan biji benih

bahan yang diperlukan...kacang hijau....kapas....gelas plastik dan air

merenjis air pada biji benih

Aktiviti diakhiri dengan tugasan menyelesaika lembaran kerja yang disediakan berkaitan penjagaan alam sekitar.  Salah satunya aktiviti mesra alam adalah aktiviti kitar semula.  Oleh yang demikian  murid menyelesaikan tugasan lembaran kerja mereka berkaitan dengan aktiviti kitar semula dengan bimbingan dari guru dan penolong guru...
murid menyelesaikan tugasan - lembaran kerja

Pemeriksaan Kesihatan oleh Jururawat Klinik Ibu dan Anak Daerah Kulim

Lawatan Pemeriksaan Kesihatan dari Klinik Ibu dan Anak daerah Kulim telah diadakan pada 15.06.2011 yang lalu.  Lawatan ini bertujuan untuk memeriksa tahap kesihatan murid-murid tabika. Murid-murid juga telah diberi ubat cacing semasa lawatan pemeriksaan kesihatan tempoh hari...
Ucapan terima kasih kepada Klinik Ibu dan Anak daerah Kulim di atas lawatan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan ke atas murid-murid KTP Pekan Kulim...

pemeriksaan rambut..."ada kutu ke tak nie..."

pemeriksaan telinga murid.....

mengisi rekod kesihantan murid...

menunggu giliran untuk diperiksa oleh jururawat....

terima kasih daun keladi....

Isnin, Jun 13, 2011

Lawatan Pemeriksaan Pergigian

Klinik Pergigian Kulim telah mengadakan lawatan pemeriksaan pergigian kepada murid-murid KTP Pekan Kulim.  Seramai empat orang jururawat bertugas telah memeriksa kesihatan gigi murid-murid, memberi ceramah mengenai kesihatan gigi dan tunjuk cara bagaimana memberus gigi dengan cara yang betul. 
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Klinik Pergigian Kulim di atas lawatan pemeriksaan gigi yang telah dijalankan.

ceramah gigi sihat

pemeriksaan gigi

tunjuk cara memberus gigi

memberus gigi.....semangat betulll

Isnin, Mei 16, 2011

Sukandidik Tabika Perpaduan Daerah Kulim/B.Baharu

Program : Sukandidik Tabika Perpaduan Daerah Kulim/B.Baharu
Tarikh : 15 Mei 2011 (Ahad)
Tempat : Padang Umum Kulim








Gerak Mesra Perpaduan Zon Kulim

Program : Gerak Mesra Perpaduan Zon Kulim
Tarikh : 14 Mei 2011 (SABTU)
Tempat : Padang Umum Kulim

Program Gerak Mesra Perpaduan merupakan program anjuran JPNIN Daerah Kulim/B.B bersama KRT kawasan Kulim dalam usaha menggalakkan perpaduan kaum di kalangan penduduk di kawasan Kulim. Penyertaan murid-murid KTP Pekan Kulim dalam Program Gerak Mesra adalah di dalam acara pertandingan Kolaj.  Tahniah kepada adik MOHD AFZAN ZUHAIL BIN HAMIZAN dari KTP Pekan Kulim yang telah berjaya memenagi tempat pertama di dalam cara pertandingan Kolaj bersama keluarga.TAHNIAH...
Peserta gerak mesra untuk acara sukaneka....

Penyertaan dari pelbagai kaum....

Acara pertandingan kolaj bersama keluarga

Keluarga adik Ilham juga wakil peserta dari KTP Pekan Kulim

Tahniah Adik Afzan Zuhail..

Acara finale...melepaskan belon ke udara...final countdown...


Isnin, Mei 09, 2011

Lawatan Ke Melaka Bandaraya Bersejarah...

Lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah telah diadakan pada 5,6 dan 7 Mei yang lepas.  Lawatan sebanyak 3 buah bas ini disertai oleh murid-murid dan waris murid tabika KTP Pekan Kulim dan KTP Taman Kangkung.  Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada PPD Zon Kulim En. Shahrizad Bin Mohd Dahalan dan juga Pengerusi JPTP Pn. Yuzila Bt Yusoff yang sudi turut serta di dalam lawatan ini.  Beberapa tempat menarik telah dikunjungi semasa lawatan tersebut antaranya Muzium Lebah Sedunia, Taman Mini Malaysia & Mini Asean, Zoo Melaka di Ayer Keroh.  Pada sebelah petang peserta rombongan juga diberi kebebasan untuk bersiar-siar di sekitar Bandaraya Melaka, menaiki menara Taming Sari, Kota A Famosa, Muzium Samudera dan menaiki beca menikmati keindahan Bandaraya Melaka.  Pada sebelah malamnya pula rombongan menikmati makan malam di My Asam Pedas Cafe.  Makan malam ini telah telah ditaja oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih Datuk Seri dan juga tidak lupa kepada Pn Yuzila yang telah menguruskan makan malam rombongan ini.  Selepas makan, rombongan telah dibawa bersiar-siar dengan menaiki River Cruise dan menikmati panorama malam di sepanjang persisiran sungai. Pada keesokan harinya lawatan diteruskan ke Perigi Hang Tuah dan dalam perjalanan pulang rombonga telah singgah di Istana Negara untuk bergambar kenangan dan destinasi terakhir peserta rombongan diberi peluang untuk membeli belah di Jalan Masjid India.  Rombongan bertolak pulang Kulim, Kedah lebih kurang pukul 6.30 petang dan tiba Pusat Akativi Perpaduan Kulim/B.Baharu pada pukul 12.30 tgh malam.
Murid-murid KTP Pekan Kulim

Destinasi pertama di Ayer Kerah Melaka

Best jugak masuk kat sini...ada pameran meteor & dinasor pun...

rombongan bas KTP Pekan Kulim...ada lagi yang tak masuk nie

gambar kenangan menaiki beca di hadapan muzium samudera

VIP...En Azman, SUP Datuk Seri Mohd Ali Rustam, En Shahrizad
PPD dan Pn Yuzila Pengerusi JPTP Pekan Kulim

peserta rombongan menikmati makan malam di My Asam Pedas
Cafe

Menikmati panorama malam dengan menaiki River Cruise

Cuba menceduk air di Perigi Hang Tuah...boleh ke tuu..

Istana Negara....Royal palace....cantik sangat...

Bergambar kenangan di tangga batu rumah tradisional Melaka

Bas rombongan yang dinaiki...selesa dan amat memuaskan hati...