Aktiviti di Toy Library bagi bulan Mac ini adalah bertemakan Gaya Hidup Sihat. Pada minggu ketiga aktiviti kreativiti yang perlu dilakukan oleh murid adalah berdasarkan dari alam sekitar. Oleh yang demikian, saya telah merancang untuk menghasilkan pasu bunga hiasan bersama murid dengan menggunakan bahan-bahan dari alam sekitar. Bahan-bahan yang disediakan adalah ranting pokok mati, "template" daun dan bunga yang telah dicetak, pensil warna, gunting, double sided tape, bekas minuman plastik dan tanah. Murid-murid gembira menghasilkan pasu bungan hiasan ini dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari guru...saksikan video dan gambar yang sempat saya rakam sepanjang aktiviti ini.....layannnn...
Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada K.Liza, salah seorang waris murid tabika yang telah membantu saya sepanjang menjalankan aktiviti ini...Ini kerana Cikgu Fatimah telah tidak dapat hadir kerana terdapat hal kecemasan. Sepanjang aktiviti, saya telah dibantu oleh K.Liza sehingga aktiviti selesai. Terima kasih daun keladi Kak Liza.....nanti boleh la tolong lagi...hehehe
Lawatan ini merupakan aktiviti bersama yang pertama dijalankan oleh guru-guru Tabika Perpaduan Zon Kulim. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Manisah selaku pengerusi bagi aktiviti lawatan kali ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua guru-guru yang terlibat dalam menjayakan aktiviti Lawatan ke Balai Bomba Kulim Hi-Tech ini...kita nantikan aktiviti bersama seterusnya...tungguuuu....
Penyertaan 5 buah KTP Zon Kulim
Kusyuknyer murid-murid mendengar taklimat.....
cikgu-cikgunyer pun kusyuk mendengar taklimat jugak....bagussss
Penerangan dari pegawai bomba....
kusyuk betul mendengar penerangan...
Seronok dapat naik kereta bomba....
waktu makan....rehat sebentar...
penerangan pencegahan kebakaran
demo memadam kebakaran
berminat sungguh murid-murid tabika nie....
Salah seorang murid cuba memadam api dibantu oleh peg. bomba
Penghargaan kepada pihak bomba disampaikan oleh Cikgu Manisah...