Pages

Isnin, Mei 16, 2011

Sukandidik Tabika Perpaduan Daerah Kulim/B.Baharu

Program : Sukandidik Tabika Perpaduan Daerah Kulim/B.Baharu
Tarikh : 15 Mei 2011 (Ahad)
Tempat : Padang Umum Kulim








Gerak Mesra Perpaduan Zon Kulim

Program : Gerak Mesra Perpaduan Zon Kulim
Tarikh : 14 Mei 2011 (SABTU)
Tempat : Padang Umum Kulim

Program Gerak Mesra Perpaduan merupakan program anjuran JPNIN Daerah Kulim/B.B bersama KRT kawasan Kulim dalam usaha menggalakkan perpaduan kaum di kalangan penduduk di kawasan Kulim. Penyertaan murid-murid KTP Pekan Kulim dalam Program Gerak Mesra adalah di dalam acara pertandingan Kolaj.  Tahniah kepada adik MOHD AFZAN ZUHAIL BIN HAMIZAN dari KTP Pekan Kulim yang telah berjaya memenagi tempat pertama di dalam cara pertandingan Kolaj bersama keluarga.TAHNIAH...
Peserta gerak mesra untuk acara sukaneka....

Penyertaan dari pelbagai kaum....

Acara pertandingan kolaj bersama keluarga

Keluarga adik Ilham juga wakil peserta dari KTP Pekan Kulim

Tahniah Adik Afzan Zuhail..

Acara finale...melepaskan belon ke udara...final countdown...


Isnin, Mei 09, 2011

Lawatan Ke Melaka Bandaraya Bersejarah...

Lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah telah diadakan pada 5,6 dan 7 Mei yang lepas.  Lawatan sebanyak 3 buah bas ini disertai oleh murid-murid dan waris murid tabika KTP Pekan Kulim dan KTP Taman Kangkung.  Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada PPD Zon Kulim En. Shahrizad Bin Mohd Dahalan dan juga Pengerusi JPTP Pn. Yuzila Bt Yusoff yang sudi turut serta di dalam lawatan ini.  Beberapa tempat menarik telah dikunjungi semasa lawatan tersebut antaranya Muzium Lebah Sedunia, Taman Mini Malaysia & Mini Asean, Zoo Melaka di Ayer Keroh.  Pada sebelah petang peserta rombongan juga diberi kebebasan untuk bersiar-siar di sekitar Bandaraya Melaka, menaiki menara Taming Sari, Kota A Famosa, Muzium Samudera dan menaiki beca menikmati keindahan Bandaraya Melaka.  Pada sebelah malamnya pula rombongan menikmati makan malam di My Asam Pedas Cafe.  Makan malam ini telah telah ditaja oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih Datuk Seri dan juga tidak lupa kepada Pn Yuzila yang telah menguruskan makan malam rombongan ini.  Selepas makan, rombongan telah dibawa bersiar-siar dengan menaiki River Cruise dan menikmati panorama malam di sepanjang persisiran sungai. Pada keesokan harinya lawatan diteruskan ke Perigi Hang Tuah dan dalam perjalanan pulang rombonga telah singgah di Istana Negara untuk bergambar kenangan dan destinasi terakhir peserta rombongan diberi peluang untuk membeli belah di Jalan Masjid India.  Rombongan bertolak pulang Kulim, Kedah lebih kurang pukul 6.30 petang dan tiba Pusat Akativi Perpaduan Kulim/B.Baharu pada pukul 12.30 tgh malam.
Murid-murid KTP Pekan Kulim

Destinasi pertama di Ayer Kerah Melaka

Best jugak masuk kat sini...ada pameran meteor & dinasor pun...

rombongan bas KTP Pekan Kulim...ada lagi yang tak masuk nie

gambar kenangan menaiki beca di hadapan muzium samudera

VIP...En Azman, SUP Datuk Seri Mohd Ali Rustam, En Shahrizad
PPD dan Pn Yuzila Pengerusi JPTP Pekan Kulim

peserta rombongan menikmati makan malam di My Asam Pedas
Cafe

Menikmati panorama malam dengan menaiki River Cruise

Cuba menceduk air di Perigi Hang Tuah...boleh ke tuu..

Istana Negara....Royal palace....cantik sangat...

Bergambar kenangan di tangga batu rumah tradisional Melaka

Bas rombongan yang dinaiki...selesa dan amat memuaskan hati...

Ahad, April 17, 2011

Kem Semarak Kasih 1 Malaysia 2011

Program Kem Semarak Kasih 1 Malaysia 2011 telah diadakan di KTP Taman Selasih pada 14 dan 15 April 2011.  Seramai 126 murid tabika dari 21 KTP daerah Kulim/B. Baharu telah menyertai perkhemahan ini.  Objektif program ini diadakan adalah untuk:
  • Membina jati diri dan sikap kendiri kanak-kanak
  • Menyubur potensi individu dari aspek JERIS
  • Memupuk daya kreativiti, inovasi dan generasi berilmiah
  • Memupuk semangat Perpaduan di kalangan rakyat "SATU MALAYSIA"
 
day 1....salam perkenalan & ice breaking

solat maghrib berjemaah dan slot santapan rohani....
murid-murid dari KTP Pekan Kulim
day 2.....reaady utk LDK
latihan dalam kumpulan - LDK
LDK

 
seronoknya dpt uli tepung...LDK

 
hasil kerja LDK
 
tengah line up utk terima sijil penyertaan...
tahniahhh.....terima sijil penyertaan

penyertaan dari KTP Pekan Kulim

Khamis, Mac 31, 2011

Aktiviti Fizikal dan Kreativiti

Tarikh :31.03.2011
Tempat :Taman Tasik Kulim
Masa :8.30-11.30 pagi













Jumaat, Mac 25, 2011

Aktiviti di Toy Library - Kreativiti Berdasarkan Alam Sekitar

Aktiviti di Toy Library bagi bulan Mac ini adalah bertemakan Gaya Hidup Sihat.  Pada minggu ketiga aktiviti kreativiti yang perlu dilakukan oleh murid adalah berdasarkan dari alam sekitar.  Oleh yang demikian, saya telah merancang untuk menghasilkan pasu bunga hiasan bersama murid dengan menggunakan bahan-bahan dari alam sekitar.   Bahan-bahan yang disediakan adalah ranting pokok mati, "template" daun dan bunga yang telah dicetak, pensil warna, gunting, double sided tape, bekas minuman plastik dan tanah. Murid-murid gembira menghasilkan pasu bungan hiasan ini dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari guru...saksikan video dan gambar yang sempat saya rakam sepanjang aktiviti ini.....layannnn...


Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada K.Liza, salah seorang waris murid tabika yang telah membantu saya sepanjang menjalankan aktiviti ini...Ini kerana Cikgu Fatimah telah tidak dapat hadir kerana terdapat hal kecemasan. Sepanjang aktiviti, saya telah dibantu oleh K.Liza sehingga aktiviti selesai. Terima kasih daun keladi Kak Liza.....nanti boleh la tolong lagi...hehehe