Pages

Sabtu, Oktober 22, 2011

Pertandingan Mewarna Kelab 3K Anjuran Jabatan Bomba & Penyelamat Zon Kulim & Hi-tech

Pada Hari Khamis yang lalu telah berlangsung Pertandinga Mewarna murid-murid tabika anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Kulim dan Hi-Tech Kulim. Seramai lebih kurang 150 penyertaan murid tabika dari pelbagai tabika di sekitar Kulim antaranya dari Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan juga tabika swasta telah menyertai pertandingan ini.  Alhamdulilllah, tempat pertama telah dimenangi oleh murid dari Tabika Perpaduan Pekan Kulim.  TAHNIAH!!! adik Nur Qisya Daniela kerana telah berjaya memenangi tempat pertama segali gus berjaya membawa pulang sebuah basikal.  Terima kasih bomba di atas hadiah lumayan yang diberikan.  TAHNIAH juga buat adik Muhd. Afzan Zuahai B. Hasnizan yang berjaya mendapat tempat ke-7 dan adik Muhd. Ammar B. Abu Seman tempat ke-11.  Masing-masing mendapat hadiah hamper. 

Beberapa keping gambar semasa pertandingan mewarna ini berlansung....
Murid-murid dah bersedia nak mewarna

Kena Tukar baju la pulak...baju kelab 3K bomba....dapat t-shirt...

baru boleh mula mewarna.....

maskot bomba....tupai.....rupanya.....

Adik Nur Qisya Daniela asyik mewarna...tak sangka pulak boleh menang No 1....
TAHIAH adik Nur Qiesya Daniela Bt Zairul Nizam....
sempat bergambar dengan maskot bomba si tupai....
sambutan kehadiran VIP...YB Dato' Abd Aziz B. Haji Sheikh Fadzir....

YB Dato' Abd Aziz B. Haji Sheikh Fadzir.


Ahad, Oktober 16, 2011

Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri Kedah 2011

HARI : SABTU
TARIKH : 15.10.2011
TEMPAT : DEWAN IKM SG. PETANI KEDAH

TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH!!!  kepada daerah Kulim/B.Baharu yang telah berjaya mendapat naib johan peringkat negeri Kedah...Seramai 25 orang murid dari tabika-tabika perpaduan daerah Kulim/BB telah terpilih untuk menyertai team choral speaking ini....Seramai 3 orang murid dari Tabika Perpaduan Pekan Kulim telah turut serta dalam team ini...TAHNIAH buat Muhd. Afzan Zuhail Bin Hamizan...Nur Qisya Daniela Binti Zairul Nizam dan Nabillah Hurin Binti Mohd Aidil yang telah terpilih mewakili KTP Pekan Kulim...TAHNIAH juga buat semua wakil murid-murid tabika dari seluruh KTP daerah Kulim/BB...ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua murid yang terlibat, para ibu bapa, guru-guru serta penolong guru atas komitmen yang diberikan sepanjang menjalani latihan selama 6 minggu berturut-turut dan akhirnya membuahkan kejayaan dan hasil yang membanggakan......tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada pegawai-pegawai JPNIN daerah Kulim/BB yang telah memberi sokongan padu dan kepercayaan kepada kami...TAHNIAH dan terima kasih semuanya....penat lelah kita berbaloi juga akhirnya.....

Rakaman video choral speaking murid-murid Tabika Perpaduan Daerah Kulim/BB yg sempat dirakam....jom layannnn....


Isnin, September 26, 2011

Lawatan ke Rumah Amal Kulim Sempena Sambutan Majlis Hari Raya AIdilfitri

Alhamdulillah program bersama Rumah Amal Kulim yang telah dirancang sekian lama dapat dilaksanakan dengan lancarnya dalam suasana yang sungguh meriah.  Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat khasnya buat Pengerusi JPTP KTP Pekan Kulim, Pn Yuzila Binti Mohd Yusof yang telah berusaha bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan.  Ucapan terima kasih tidak terhingga juga ditujukan kepada En Shahrizad B. Mohd Dahalan, wakil dari PPD Kulim/BB yang turut hadir bersama memeriahkan majlis ini...seterusnya kepada seluruh warga Rumah Amal Kulim...AJK JPTP KTP Pekan Kulim...semua ibu bapa serta waris murid...terima kasih banyak kepada semua.
Majlis Hari Raya Aidilfitiri tidak akan bermakna tanpa duit raya kaaaannnn....oleh itu, ucapan terima kasih daun keladi diucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Abd Aziz Bin Haji Sheikh Fadzir yang telah diwakili oleh pembantu peribadi beliau En. Fendi telah memberi sumbangan duit raya kepada lebih kurang 80 orang  kanak-kanak istimewa Rumah Amal dan murid-murid KTP Pekan Kulim...seronok tak terkira kanak-kanak dapat duit raya.....terima kasih daun keladi yaaaa Dato'...mudah-mudahan tahun depan ada lagi rezeki kami.....hehehehe
Semoga program bersama ini dapat diteruskan pada tahun hadapan dan InsyaAllah akan dijadikan program tahunan untuk KTP Pekan Kulim...
oklahhh....jom kita layan gambar pulak.....
Pengerusi JPTP Pn. Yuzila bergambar kenangan bersama warga istimewa Rumah Amal..

Ucapan PPD JPNIN Kulim/BB

Memotong kek sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Para tetamu dan hadirin yang memeriahkan lagi majlis...
sumbangan duit raya kepada warga istimewa Rumah Amal Kulim

murid2 tabika juga menerima sumbangan duit raya  dari en. Fendi wakil YB Dato Aziz

Persembahan dari Rumah Amal Kulim

Persembahan dari murid2 KTP Pekan Kulim....

selamat menjamu selera.........

Bergambar kenangan bersama warga Rumah Amal Kulim..








Ahad, Ogos 21, 2011

Pertandingan Mereka Cipta Sepanduk Kemerdekaan & Hari Raya 2011

Syukur Alhamdulillah...telah pun selesai Program Pertandingan Mereka Cipta Sepanduk Kemerdekaan & Hari Raya 2011.  Program ini adalah anjuran bersama KTP Taman Jati 1 & 2 dengan KTP Pekan Kulim, KTP Taman Kenari 1 dan KTP Taman Kenari 2.  Terima Kasih dan tahniah kepada semua guru-guru yang terlibat....
Matlamat program ini adalah untuk mewujudkan satu kolaborasi yang positif antara JPTP, Tabika Perpaduan dan waris murid kanak-kanak bagi melaksanakan satu program yang memberi manfaat kepada murid-murid tabika dalam menyemai semangat cintakan negara, dan meraikan perayaan kaum-kaum lain di Malaysia sebagai rakyat yang pelbagai kaum dan mengamalkan konsep 1 MALAYSIA...
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ibu bapa dan para waris KTP Pekan Kulim yang memberi komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.  Ucapan Tahniah juga kepada para waris yang telah berjaya memenangi tempat pertama di dalam pertandingan mereka cipta sepanduk Kemerdekaan dan Hari Raya....untuk anak-anak tabika juga, tahniah diucapkan kerana berjaya menghasilkan kad ucapan Selamat Hari Raya dan Kad Ucapan Hari Kemerdekaan.
Untuk tatapan semua saya upload beberapa keping gambar program tersebut.....kalau rajin nanti saya akan buat dalam bentuk slideshow pula....InsyaAllah....atau pun boleh tengok dalam FB KTP Pekan Kulim dah saya upload berkeping2 gambar.....
Jom layannnnnnnnn gambar2 nie dulu .....
Murid-murid dari  KTP Pekan Kulim yang hadir ke program.....
Murid-murid menghasilkan kad ucapan Selamat Hari Raya dan Merdeka....

Ibu bapa dan waris murid yang menyertai pertandingan mereka cipta sepanduk

Kad ucapan yang dihasilkan oleh murid-murid

5 Kelas yang bertanding dalam pertandingan merekacipta sepanduk...

TAHNIAHHH....KTP Pekan Kulim menang tempat pertama.....
"Hak Cipta Terpelihara"...hasil usaha gigih para waris...TAHNIAHHH

guru-guru yang terlibat.....
Dan gantung pun kat depan kelas......




Sabtu, Julai 16, 2011

Program Tunas & Let's Talk About Health and Drugs

Sepertimana yang telah dihebahkan sebelum ini, Program Tunas & Let's Talk About Health and Drugs telah pun berjalan dengan lancarnya seperti yang telah dirancangkan..Alhamdulillah...
Ucapan terima kepada pihak AADK daerah Kulim yang telah menganjurkan program seumpama ini yang melibatkan penyertaan murid-murid tabika dan juga ibu bapa...begitu juga dengan sokongan yang diberikan oleh semua ibu pada serta para waris yang turut serta di dalam program ini....sangat-sangtalah dihargai....
Program anjuran bersama ini telah disertai oleh murid-murid dari lima buah Tabika Perpaduan Daerah Kulim seramai lebih kuang 120 orang murid bersama ibu bapa dan para waris....
Antara gambar yang sempat diambil semasa program...terima kasih kpd cikgu ika yg tlg snap gambar2 nie...layannn

makan pagi sebelum memulakan aktiviti...

pertandingan mewarna bermula...

penyerta ibu bapa dan waris dalam forum yang disampaikan oleh AADK

antara yang menang...top 20..

dan lagi...

dan lagi.....TAHNIAHHH...
mereka antara 8 orang murid dari ktp pekan kulim yang berjaya tersenarai di dalam senarai top 20

ibu bapa dan waris yang hadir melihat pameran yang disediakan oleh AADK

pertukaran cenderahati di antara AADK dan JPNIN...

Add caption


Isnin, Julai 11, 2011

Hebahan Program Tunas & Let's Talk About Health & Drugs

Program Tunas & Let's Talk About Health and Drugs adalah merupakan program anjuran bersama di antara Agensi Antidadah Kebangsaan Kulim dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kulim/B.Baharu.  Program ini akan diadakan pada:

TARIKH : 14 JULAI 2011 (KHAMIS)
TEMPAT : PUSAT AKTIVITI PERPADUAN
              JPNIN KULIM/B.BAHARU
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 12.30 TGH

Program ini akan melibatkan murid-murid dan ibu bapa dari lima buah Tabika Perpaduan daerah Kulim/B/Baharu iaitu :
  1. Tabika Perpaduan Pekan Kulim
  2. Tabika Perpaduan Taman Kenari 1
  3. Tabika Perpaduan Taman Kenari 2
  4. Tabika Perpaduan Taman Jati 1
  5. Tabika Perpaduan Taman Jati 2
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang akan disediakan kepada murid-murid tabika seperti aktiviti cergas pagi, peraduan mewarna dan latihan dalam kumpulan (Sayangi Diri).  Bagi ibu bapa serta waris yang hadir pula akan terlibat di dalam Forum bertajuk Apa Hubungan Antara Kesihatan dan Dadah.  Selain itu terdapat juga program sampingan seperti pemeriksaan kesihatan, klinik bergerak (LPPKN), sudut kaunseling (AADK), kembara kaunseling (LPPKN) dan Pusat Penerangan Klinik C & C 1 Malaysia.