Program : Sukandidik Tabika Perpaduan Daerah Kulim/B.Baharu
Tarikh : 15 Mei 2011 (Ahad)
Tempat : Padang Umum Kulim
Isnin, Mei 16, 2011
Gerak Mesra Perpaduan Zon Kulim
Program : Gerak Mesra Perpaduan Zon Kulim
Tarikh : 14 Mei 2011 (SABTU)
Tempat : Padang Umum Kulim
Program Gerak Mesra Perpaduan merupakan program anjuran JPNIN Daerah Kulim/B.B bersama KRT kawasan Kulim dalam usaha menggalakkan perpaduan kaum di kalangan penduduk di kawasan Kulim. Penyertaan murid-murid KTP Pekan Kulim dalam Program Gerak Mesra adalah di dalam acara pertandingan Kolaj. Tahniah kepada adik MOHD AFZAN ZUHAIL BIN HAMIZAN dari KTP Pekan Kulim yang telah berjaya memenagi tempat pertama di dalam cara pertandingan Kolaj bersama keluarga.TAHNIAH...
Tarikh : 14 Mei 2011 (SABTU)
Tempat : Padang Umum Kulim
Program Gerak Mesra Perpaduan merupakan program anjuran JPNIN Daerah Kulim/B.B bersama KRT kawasan Kulim dalam usaha menggalakkan perpaduan kaum di kalangan penduduk di kawasan Kulim. Penyertaan murid-murid KTP Pekan Kulim dalam Program Gerak Mesra adalah di dalam acara pertandingan Kolaj. Tahniah kepada adik MOHD AFZAN ZUHAIL BIN HAMIZAN dari KTP Pekan Kulim yang telah berjaya memenagi tempat pertama di dalam cara pertandingan Kolaj bersama keluarga.TAHNIAH...
Peserta gerak mesra untuk acara sukaneka.... |
Penyertaan dari pelbagai kaum.... |
Acara pertandingan kolaj bersama keluarga |
Keluarga adik Ilham juga wakil peserta dari KTP Pekan Kulim |
Tahniah Adik Afzan Zuhail.. |
Acara finale...melepaskan belon ke udara...final countdown... |
Isnin, Mei 09, 2011
Lawatan Ke Melaka Bandaraya Bersejarah...
Lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah telah diadakan pada 5,6 dan 7 Mei yang lepas. Lawatan sebanyak 3 buah bas ini disertai oleh murid-murid dan waris murid tabika KTP Pekan Kulim dan KTP Taman Kangkung. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada PPD Zon Kulim En. Shahrizad Bin Mohd Dahalan dan juga Pengerusi JPTP Pn. Yuzila Bt Yusoff yang sudi turut serta di dalam lawatan ini. Beberapa tempat menarik telah dikunjungi semasa lawatan tersebut antaranya Muzium Lebah Sedunia, Taman Mini Malaysia & Mini Asean, Zoo Melaka di Ayer Keroh. Pada sebelah petang peserta rombongan juga diberi kebebasan untuk bersiar-siar di sekitar Bandaraya Melaka, menaiki menara Taming Sari, Kota A Famosa, Muzium Samudera dan menaiki beca menikmati keindahan Bandaraya Melaka. Pada sebelah malamnya pula rombongan menikmati makan malam di My Asam Pedas Cafe. Makan malam ini telah telah ditaja oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih Datuk Seri dan juga tidak lupa kepada Pn Yuzila yang telah menguruskan makan malam rombongan ini. Selepas makan, rombongan telah dibawa bersiar-siar dengan menaiki River Cruise dan menikmati panorama malam di sepanjang persisiran sungai. Pada keesokan harinya lawatan diteruskan ke Perigi Hang Tuah dan dalam perjalanan pulang rombonga telah singgah di Istana Negara untuk bergambar kenangan dan destinasi terakhir peserta rombongan diberi peluang untuk membeli belah di Jalan Masjid India. Rombongan bertolak pulang Kulim, Kedah lebih kurang pukul 6.30 petang dan tiba Pusat Akativi Perpaduan Kulim/B.Baharu pada pukul 12.30 tgh malam.
Murid-murid KTP Pekan Kulim |
Destinasi pertama di Ayer Kerah Melaka |
Best jugak masuk kat sini...ada pameran meteor & dinasor pun... |
rombongan bas KTP Pekan Kulim...ada lagi yang tak masuk nie |
gambar kenangan menaiki beca di hadapan muzium samudera |
VIP...En Azman, SUP Datuk Seri Mohd Ali Rustam, En Shahrizad PPD dan Pn Yuzila Pengerusi JPTP Pekan Kulim |
peserta rombongan menikmati makan malam di My Asam Pedas Cafe |
Menikmati panorama malam dengan menaiki River Cruise |
Cuba menceduk air di Perigi Hang Tuah...boleh ke tuu.. |
Istana Negara....Royal palace....cantik sangat... |
Bergambar kenangan di tangga batu rumah tradisional Melaka |
Bas rombongan yang dinaiki...selesa dan amat memuaskan hati... |
Langgan:
Catatan (Atom)