Pages

Isnin, Januari 30, 2012

MINGGU TERAKHIR DI BULAN JANUARI...

Alhamdulillah di minggu akhir bulan pertama ini murid-murid sudah mula fokus dan boleh menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan bersemangat dan bersungguh-sungguh...murid 6 tahun kebanyakkan dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan baik sekali cuma yang masih memerlukan perhatian dan bimbingan sepenuhnya dari guru adalah murid 5 tahun...
murid-murid 6 tahun

murid-murid 6 tahun menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan bersungguh2....

murid 5 tahun masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar guru


Suasasa P&P....di KTP Pekan Kulim....





MESYUARAT PENUBUHAN JPTP 2012

Tarikh : 29.01.2012
Tempat : KTP Pekan Kulim
Masa : 12.30 tgh hari

Mesyuarat penubuhan JPTP telah selesai dilaksanakan pada tarikh dan hari tersebut.  Mesyuarat penubuhan JPTP telah dipengerusikan oleh PPPD Daerah Kulim/BB, En. Shahrizad Bin. Mohd Dahalan.  Mesyurat ini juga turut dihadiri oleh Pengerusi RT Pekan Kulim, En Md. Isa Bin Hamid dan mantan pengerusi JPTP yang lalu iaitu Pn. Yuzila Bt Mohd Yusuf.  Mesyuarat telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi RT dan seterus En. Shahrizad selaku PPPD Kulim/BB telah memberi taklimat berkenaan Tabika Perpaduan dan peranan JPTP.  Mesyuarat diteruskan dengan perlantikan Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) bagi tahun 2012.  Mesuyuarat telah sebulat suara melantik ahli JPTP yang baru bagi tahun 2012 seperti yang berikut :

PENGERUSI JPTP : PN. YUZILA BT MOHD YUSUF
TIMBALAN PENGERUSI : PN. DAYANG MASINAH BT AWANG AYUP
SETIAUSAHA : PN. SUZANA BT. MD NOOR
PEN. SETIAUSAHA : PN. FAZILAH BT. IBRAHIM
BENDAHARI : PN. FATIMAH BT. SAAD
JURU AUDIT : EN. AHMAD TAJUDDIN B. MAHAT
               PN. NORLAILA BT. KASA
AJK : EN. ROSMAINI B. ISHAK
          EN. RIDUAN B. SIDEK
          EN. SARIZAL B. MD NOOR
          EN. MAZLAN B. CHE MAN
          EN. ABDUL HALIM B. NAYAN
          PN. FARIDAH BT. OSMAN
          PN. SARINA BT. MD YUSUF
          PN. NORIZA BT. ABDUL GHANI
          PN. SITI FATIMAH BT. ISMAIL

Harapan JPNIN Kul/BB dan KTP Pekan Kulim agar barisan JPTP bagi tahun 2012 yang telah dilantik dapat bekerjasama dan memberi komitmen yang sepenuh dalam menjalankan aktiviti yang telah dirancang di peringkat tabika mahupun jabatan...InsyaAllah....

KTP PEKAN KULIM BERTUKAR WAJAH

Assalammualaikummm.....alaahaiiii tajuk entry....macam best jer....tapi tak lah segah tajuknya....cuma pada cuti Tahun Baru Cina yang baru lepas telah diisi dengan aktiviti mengecat kelas...Alhamdulillah ada en. suami yang sudi membantu....bertukar wajah la jugak akhirnya tabika ku dengan susun atur yang baru....bukan apa.. sebenarnya nak kasi mood sikit....maklumlah sekarang nie dah kena keja sampai pukul 4.30ptg....so..kita layan ja beberapa keping gambar yang sempat saya diambil....

Ruang P & P

Ruang P & P

papan carta / kenyataan

Bilik aktiviti / P&P / ICT

kemudahan ICT

sudut bacaan dan bercerita


Selasa, Januari 24, 2012

2012......SELAMAT DATANG ANAK MURIDKU

Assalammualaikummm.....
Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012....hehehe...sibuk sungguh sampai bersawang blog....memandangkan ini merupakan entry pertama untuk tahun 2012....ceritanya pasti berkisarkan anak murid baruku...."SELAMAT DATANG ANAK-ANAK MURID CIKGU...."
Alhamdulillah...syukur sangat-sangat...anak-anak muridku makin bertambah tahun ini....murid tahun lepas pun ramai yang mendaftar semula ke tabika ini...hampir kesemuanya...hanya seorang sahaja yang berpindah ke prasekolah....huhuhu...adik Ammar, cikgu dan rakan yang lain akan rindu kamu.....tidak kurang juga dengan murid-murid yang baru daftar...jumlah keseluruhan murd-muridku pada tahun ini 27 orang semuanya...semuanya nampak bersemangat untuk memulakan pembelajaran di prasekolah....
Beberapa keping gambar yang sempat di ambil pada minggu pertama persekolahan bermula.....layannnn...
kusyuk mendengar celoteh cikgu.....

nampak cam boring jer...

baru la bersemangat sikit....nak baca ABC rupanya...

murid baru...kabanyakkan umur 5 tahunnn....

murid tahun lepas...."yea..yea umur saya dan 6 tahun"

anak-anak muridku bagi sesi 2012.....