Pages

Isnin, Julai 11, 2011

Hebahan Program Tunas & Let's Talk About Health & Drugs

Program Tunas & Let's Talk About Health and Drugs adalah merupakan program anjuran bersama di antara Agensi Antidadah Kebangsaan Kulim dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kulim/B.Baharu.  Program ini akan diadakan pada:

TARIKH : 14 JULAI 2011 (KHAMIS)
TEMPAT : PUSAT AKTIVITI PERPADUAN
              JPNIN KULIM/B.BAHARU
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 12.30 TGH

Program ini akan melibatkan murid-murid dan ibu bapa dari lima buah Tabika Perpaduan daerah Kulim/B/Baharu iaitu :
  1. Tabika Perpaduan Pekan Kulim
  2. Tabika Perpaduan Taman Kenari 1
  3. Tabika Perpaduan Taman Kenari 2
  4. Tabika Perpaduan Taman Jati 1
  5. Tabika Perpaduan Taman Jati 2
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang akan disediakan kepada murid-murid tabika seperti aktiviti cergas pagi, peraduan mewarna dan latihan dalam kumpulan (Sayangi Diri).  Bagi ibu bapa serta waris yang hadir pula akan terlibat di dalam Forum bertajuk Apa Hubungan Antara Kesihatan dan Dadah.  Selain itu terdapat juga program sampingan seperti pemeriksaan kesihatan, klinik bergerak (LPPKN), sudut kaunseling (AADK), kembara kaunseling (LPPKN) dan Pusat Penerangan Klinik C & C 1 Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan