Pages

Sabtu, Julai 16, 2011

Program Tunas & Let's Talk About Health and Drugs

Sepertimana yang telah dihebahkan sebelum ini, Program Tunas & Let's Talk About Health and Drugs telah pun berjalan dengan lancarnya seperti yang telah dirancangkan..Alhamdulillah...
Ucapan terima kepada pihak AADK daerah Kulim yang telah menganjurkan program seumpama ini yang melibatkan penyertaan murid-murid tabika dan juga ibu bapa...begitu juga dengan sokongan yang diberikan oleh semua ibu pada serta para waris yang turut serta di dalam program ini....sangat-sangtalah dihargai....
Program anjuran bersama ini telah disertai oleh murid-murid dari lima buah Tabika Perpaduan Daerah Kulim seramai lebih kuang 120 orang murid bersama ibu bapa dan para waris....
Antara gambar yang sempat diambil semasa program...terima kasih kpd cikgu ika yg tlg snap gambar2 nie...layannn

makan pagi sebelum memulakan aktiviti...

pertandingan mewarna bermula...

penyerta ibu bapa dan waris dalam forum yang disampaikan oleh AADK

antara yang menang...top 20..

dan lagi...

dan lagi.....TAHNIAHHH...
mereka antara 8 orang murid dari ktp pekan kulim yang berjaya tersenarai di dalam senarai top 20

ibu bapa dan waris yang hadir melihat pameran yang disediakan oleh AADK

pertukaran cenderahati di antara AADK dan JPNIN...

Add caption


Isnin, Julai 11, 2011

Hebahan Program Tunas & Let's Talk About Health & Drugs

Program Tunas & Let's Talk About Health and Drugs adalah merupakan program anjuran bersama di antara Agensi Antidadah Kebangsaan Kulim dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kulim/B.Baharu.  Program ini akan diadakan pada:

TARIKH : 14 JULAI 2011 (KHAMIS)
TEMPAT : PUSAT AKTIVITI PERPADUAN
              JPNIN KULIM/B.BAHARU
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 12.30 TGH

Program ini akan melibatkan murid-murid dan ibu bapa dari lima buah Tabika Perpaduan daerah Kulim/B/Baharu iaitu :
  1. Tabika Perpaduan Pekan Kulim
  2. Tabika Perpaduan Taman Kenari 1
  3. Tabika Perpaduan Taman Kenari 2
  4. Tabika Perpaduan Taman Jati 1
  5. Tabika Perpaduan Taman Jati 2
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang akan disediakan kepada murid-murid tabika seperti aktiviti cergas pagi, peraduan mewarna dan latihan dalam kumpulan (Sayangi Diri).  Bagi ibu bapa serta waris yang hadir pula akan terlibat di dalam Forum bertajuk Apa Hubungan Antara Kesihatan dan Dadah.  Selain itu terdapat juga program sampingan seperti pemeriksaan kesihatan, klinik bergerak (LPPKN), sudut kaunseling (AADK), kembara kaunseling (LPPKN) dan Pusat Penerangan Klinik C & C 1 Malaysia.