Pages

Ahad, Januari 23, 2011

Apakah JPTP ?

JAWATANKUASA PENYELARAS TABIKA PERPADUAN (JPTP)

1.    OBJEKTIF
Membantu memupuk perpaduan di kalangan kanak-kanak Tabika Perpaduan, ibu bapa dan komuniti tempatan serta membantu Tabika Perpaduan dilaksanakan dengan lebih berkesan, lancar dan bermutu.

2. FUNGSI JPTP
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti yang bersesuaian bagi kanak-kanak.
  • Membantu dan bekerjasama dengan Guru/Penolong Guru dalam penyediaan alat bantu mengajar (ABM).
  • Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti ke arah pembangunan komuniti aktiviti khususnya dalam bidang kebajikan, kesihatan, pemakanan dan keselamatan kanak-kanak di dalam dan di luar kelas.
  • Berusaha untuk menambahkan tabung kewangan kelas melalui pelbagai cara kecuali para 10.3. 
  • Menjalinkan jaringan hubungan (networking) di antara kelas dan agensi-agensi kerajaan/swasta/badan bukan kerajaan serta pemimpin komuniti setempat.
  • Berusaha mempertingkatkan imej kelas Tabika Perpaduan.

3. SYARAT PENUBUHAN JPTP
  • Hanya satu JPTP yang ditubuhkan jika terdapat dua atau lebih kelas di bangunan yang sama.
  • Pengendalian akaun serta akaun bank perlu berlainan bagi setiap kelas dengan Bendahari masing-masing. Hanya seorang sahaja Guru perlu dipilih sebagai Setiausaha. Guru yang tidak dipilih sebagai Setiausaha boleh dipilih sebagai Setiausaha Bersama di kelas masing-masing manakala Penolong Guru setiap kelas dilantik sebagai Bendahari.
4. KEANGGOTAAN
  • Keanggotaan JPTP hendaklah terdiri daripada wakil Jawatankuasa Rukun Tetangga/ibu bapa dan permastautin yang berminat. Penyertaan pelbagai keturunan adalah digalakkan.
  • Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan hendaklah mengandungi anggota-anggota seperti berikut :
    1. Penasihat - Pegawai Perpaduan Daerah / Pegawai Perpaduan Bahagian / Penolonng Pegawai Pembangunan Masyarakat / Pembantu Pegawai Perpaduan.
    2. Seorang Pengerusi - Jawatan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan hendaklah dipilih di kalangan wakil Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga atau ibu bapa/permastautin setempat.
    3. Seorang Timbalan Pengerusi - Seorang Timbalan Pengerusi dipilih di kalangan ibu bapa / permastautin setempat/Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga.
    4. Seorang Setiausaha - Guru Tabika secara automatik dilantik sebagai Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan.
    5. Seorang Penolong Setiausaha - Penolong Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan dilantik di kalangan ibu bapa.
    6. Seorang Bendahari - Penolong Guru Tabika secara automatik dilantik sebagai Bendahari Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan.
    7. Tujuh Orang Ahli Jawatankuasa Atau Lebih - Tujuh orang atau lebih dipilih di kalangan ibu bapa/pemastautin/Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga bergantung kepada bilangan kelas di tempat yang sama.
    8. Juruaudit - Dua orang dipilih di kalangan ibu bapa/pemastautin setempat/Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga.
5. TEMPOH PERKHIDMATAN
Tempoh perlantikan adalah selama setahun. Pelantikan boleh dilanjutkan semula
sekiranya berminat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan