Isnin, Jun 27, 2011
Program Malam Si Kunang Kunang
Syukur Alhamdulillah Program Malam Si Kunang Kunang telah pun selesai. Ucapan terima kasih kepada Penolong Pegawai Perpaduan Daerah En. Shahrizad Bin Mohd Dahalan yang sudi hadir ke KTP Pekan Kulim untuk merasmikan program Malam Si Kunang Kunang ini. Tidak lupa juga kepada En Mohd Isa B. Hamid, Pengerusi KRT Pekan Kulim yang turut hadir sama dalam majlis perasmian tersebut.
Ucapan terima kasih tidak terhingga juga ditujukan khas buat ibu bapa serta para waris yang telah membenarkan anak mereka untuk menyertai program ini sekali gus membenarkan anak-anak tabika ini bermalam di tabika. Sokongan dan komitmen yang diberikan ibu bapa dan waris murid sangat-sangatlah dihargai. Seramai 22 orang murid dari 24 orang murid keseluruhannya yang hadir menyertai program ini telah berjaya bermalam di tabika tanpa kehadiran ibu bapa mereka....
Diharap program ini telah dapat meningkatkan lagi jati diri dalam diri murid disamping dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti keyakinan diri, nilai persaudaraan dan semangat bekerjasama.
Apa yang penting, murid-murid ini seronok beraktiviti dan berinteraksi bersama. Mereka juga dapat bermain, mandi, makan dan tidur bersama di bawah satu bumbung dan ini seharusnya dapat menambahkan lagi rasa persaudaraan dan persahabatan di kalangan mereka...
Kenangan indah anak-anak tabika yang sempat saya rakamkan sepanjang program Malam Si Kunang Kunang....layannnn duluu..banyak lagi.....kalau sempat nanti saya uploadkan versi video slide pulakkk...sekian wassalamm

Majlis Perasmian...En. Sharizad B Mohd Dahalan membacakan perutusan dari Tn. Pengarah |
Ibu bapa serta waris yang turut hadir pada majlis perasmian |
En. Shahrizad diiringi oleh En. Mohd Isa untuk memakaikan tag nama kepada peserta program |
En. Shahrizad memakaikan tag nama kepada semua peserta program |
acara yang ditunggu-tunggu...mandi kolammm |
solat berjemaah diimamkan oleh En. Ahmad Tajuddin b. Mehat - AJK JPTP |
macam nak raya la pulakkk... |
aktiviti Malam Si Kunang Kunang - kanak-kanak di beri lampu cahaya |
aktiviti nyanyia & pergerakan kreatif dan permaianan kecil |
masa untuk tidurrr....jangan lupa baca doa duluuu |
dah pagi dahhh....apa lagi....senaman pagi la |
bergambar kenangan dengan waris murid yang hadir |
sempat bergambar dengan Pegawai Perpaduan Daerah JPNIN Kulim/BB, En. Zulkarny yang datang melawat |
Isnin, Jun 20, 2011
Hebahan Program : Malam Si Kunang Kunang
Tabika Perpaduan seluruh negeri Kedah akan menyertai Program Peringkat Negeri Kedah - MALAM SI KUNANG-KUNANG. Program ini akan berlansung secara serentak di semua Tabika Perpaduan Negeri Kedah pada:-
Tarikh : 25 & 26 Jun 2011
Hari : Sabtu & Ahad
Tempat : Kelas Tabika Perpaduan Pekan Kulim
Murid-murid tabika akan bermalam di tabika dan beberapa aktiviti akan dijalankan bersama murid sebagai pengisian kepada program ini.
Program ini adalah bertujuan untuk : -

si kunang kunang.... |
Program ini adalah bertujuan untuk : -
- Menerap nilai-nilai murni iaitu keyakinan diri, nilai persaudaraan dan bekerjasama.
- Memberi peluang beraktiviti dan berinteraksi, mandi, makan, bermain dan tidur bersama.
- Hidup bersama di bawah satu bumbung tanpa mengira latar belakang keluarga, kaum dan agama.
- Meningkatkan lagi keyakinan diri dan menyemai jiwa kanak-kanak supaya menjadi penyayang di antara satu sama lain.
- Memupuk semangat perpaduan antara kaum, semangat kerjasama & tolong menolong di kalangan kanak-kanak, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.
- Mengembangkan potensi kanak-kanak seimbang dari segi JERIS.... jasmani... emosi... rohani... intelek dan juga sosial...
Aktiviti P & P - Mesra Alam
Aktiviti tema Mesra Alam : Tanam Pokok - Percambahan Biji Benih
Jom kita layan gambar aktiviti versi slide pulak....
P&P di Toy Library JPNIN Kulim/B.Baharu Kali Ke-2
Lawatan ini merupakan lawatan kali yang ke-dua bagi KTP Pekan Kulim. Tema pada minggu ini adalah "Mesra Alam".
Sebelum memulakan aktiviti, murid-murid diberi peluang untuk bermain dengan alatan permainan dari sudut Tunjang Sains dan Teknologi. Setiap kumpulan diberikan alatan cantuman, "puzzle", "lacing bead" dan alatan-alatan lain yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran motor halus. Aktiviti ini dijalankan bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kemahiran motor halus malah aktiviti ini juga dapat meningkatkan lagi daya penumpuan murid terhadap aktiviti yang mereka lakukan, mengembangkan daya kreativiti dan imaginasi murid serta perkembangan emosi yang sihat, melahirkan rasa keseronokan semasa menjalankan aktiviti.
alat cantuman untuk kemahiran motor halus |
aktiviti yang dapat meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti murid |
daya tumpuan dan fokus murid terhadap aktiviti yang dijalankan |
"lacing bead" - dapat meningkatkan lagi daya tumpuan murid... |
Aktiviti lain yang dijalankan oleh murid-murid adalah aktiviti berkaitan dengan tema mingguan yang diberi, iaitu Mesra Alam. Saya telah merancang aktiviti tanaman pokok (percambahan biji benih). Sebagai induksi kepada aktiviti ini, Murid-murid telah diberi peluang untuk menerokai tumbuhan semulajadi di persekitaran Perpustakaan Permainan.
memberi tumpuan terhadap penerangan guru... |
set induksi p&p tema Mesra Alam |
meneroka alam sekitar - tumbuhan |
mengenali bahagian-bahagian tumbuhan |
pengetahuan baru murid.....percambahan benih... |
gunakan kemudahan yang disediakan di perpustakaan permainan |
aktiviti yang dijalankan - percambanhan biji benih |
bahan yang diperlukan...kacang hijau....kapas....gelas plastik dan air |
merenjis air pada biji benih
Aktiviti diakhiri dengan tugasan menyelesaika lembaran kerja yang disediakan berkaitan penjagaan alam sekitar. Salah satunya aktiviti mesra alam adalah aktiviti kitar semula. Oleh yang demikian murid menyelesaikan tugasan lembaran kerja mereka berkaitan dengan aktiviti kitar semula dengan bimbingan dari guru dan penolong guru...
murid menyelesaikan tugasan - lembaran kerja |
Pemeriksaan Kesihatan oleh Jururawat Klinik Ibu dan Anak Daerah Kulim
Lawatan Pemeriksaan Kesihatan dari Klinik Ibu dan Anak daerah Kulim telah diadakan pada 15.06.2011 yang lalu. Lawatan ini bertujuan untuk memeriksa tahap kesihatan murid-murid tabika. Murid-murid juga telah diberi ubat cacing semasa lawatan pemeriksaan kesihatan tempoh hari...
Ucapan terima kasih kepada Klinik Ibu dan Anak daerah Kulim di atas lawatan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan ke atas murid-murid KTP Pekan Kulim...
Ucapan terima kasih kepada Klinik Ibu dan Anak daerah Kulim di atas lawatan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan ke atas murid-murid KTP Pekan Kulim...
pemeriksaan rambut..."ada kutu ke tak nie..." |
pemeriksaan telinga murid..... |
mengisi rekod kesihantan murid... |
menunggu giliran untuk diperiksa oleh jururawat.... |
terima kasih daun keladi.... |
Isnin, Jun 13, 2011
Lawatan Pemeriksaan Pergigian
Klinik Pergigian Kulim telah mengadakan lawatan pemeriksaan pergigian kepada murid-murid KTP Pekan Kulim. Seramai empat orang jururawat bertugas telah memeriksa kesihatan gigi murid-murid, memberi ceramah mengenai kesihatan gigi dan tunjuk cara bagaimana memberus gigi dengan cara yang betul.
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Klinik Pergigian Kulim di atas lawatan pemeriksaan gigi yang telah dijalankan.
ceramah gigi sihat |
pemeriksaan gigi |
tunjuk cara memberus gigi |
memberus gigi.....semangat betulll |
Langgan:
Catatan (Atom)