Lawatan ini merupakan lawatan kali yang ke-dua bagi KTP Pekan Kulim. Tema pada minggu ini adalah "Mesra Alam".
Sebelum memulakan aktiviti, murid-murid diberi peluang untuk bermain dengan alatan permainan dari sudut Tunjang Sains dan Teknologi. Setiap kumpulan diberikan alatan cantuman, "puzzle", "lacing bead" dan alatan-alatan lain yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran motor halus. Aktiviti ini dijalankan bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kemahiran motor halus malah aktiviti ini juga dapat meningkatkan lagi daya penumpuan murid terhadap aktiviti yang mereka lakukan, mengembangkan daya kreativiti dan imaginasi murid serta perkembangan emosi yang sihat, melahirkan rasa keseronokan semasa menjalankan aktiviti.
alat cantuman untuk kemahiran motor halus |
aktiviti yang dapat meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti murid |
daya tumpuan dan fokus murid terhadap aktiviti yang dijalankan |
"lacing bead" - dapat meningkatkan lagi daya tumpuan murid... |
Aktiviti lain yang dijalankan oleh murid-murid adalah aktiviti berkaitan dengan tema mingguan yang diberi, iaitu Mesra Alam. Saya telah merancang aktiviti tanaman pokok (percambahan biji benih). Sebagai induksi kepada aktiviti ini, Murid-murid telah diberi peluang untuk menerokai tumbuhan semulajadi di persekitaran Perpustakaan Permainan.
memberi tumpuan terhadap penerangan guru... |
set induksi p&p tema Mesra Alam |
meneroka alam sekitar - tumbuhan |
mengenali bahagian-bahagian tumbuhan |
pengetahuan baru murid.....percambahan benih... |
gunakan kemudahan yang disediakan di perpustakaan permainan |
aktiviti yang dijalankan - percambanhan biji benih |
bahan yang diperlukan...kacang hijau....kapas....gelas plastik dan air |
merenjis air pada biji benih
Aktiviti diakhiri dengan tugasan menyelesaika lembaran kerja yang disediakan berkaitan penjagaan alam sekitar. Salah satunya aktiviti mesra alam adalah aktiviti kitar semula. Oleh yang demikian murid menyelesaikan tugasan lembaran kerja mereka berkaitan dengan aktiviti kitar semula dengan bimbingan dari guru dan penolong guru...
murid menyelesaikan tugasan - lembaran kerja |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan