Ucapan terima kasih tidak terhingga juga ditujukan khas buat ibu bapa serta para waris yang telah membenarkan anak mereka untuk menyertai program ini sekali gus membenarkan anak-anak tabika ini bermalam di tabika. Sokongan dan komitmen yang diberikan ibu bapa dan waris murid sangat-sangatlah dihargai. Seramai 22 orang murid dari 24 orang murid keseluruhannya yang hadir menyertai program ini telah berjaya bermalam di tabika tanpa kehadiran ibu bapa mereka....
Diharap program ini telah dapat meningkatkan lagi jati diri dalam diri murid disamping dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti keyakinan diri, nilai persaudaraan dan semangat bekerjasama.
Apa yang penting, murid-murid ini seronok beraktiviti dan berinteraksi bersama. Mereka juga dapat bermain, mandi, makan dan tidur bersama di bawah satu bumbung dan ini seharusnya dapat menambahkan lagi rasa persaudaraan dan persahabatan di kalangan mereka...
Kenangan indah anak-anak tabika yang sempat saya rakamkan sepanjang program Malam Si Kunang Kunang....layannnn duluu..banyak lagi.....kalau sempat nanti saya uploadkan versi video slide pulakkk...sekian wassalamm
Majlis Perasmian...En. Sharizad B Mohd Dahalan membacakan perutusan dari Tn. Pengarah |
Ibu bapa serta waris yang turut hadir pada majlis perasmian |
En. Shahrizad diiringi oleh En. Mohd Isa untuk memakaikan tag nama kepada peserta program |
En. Shahrizad memakaikan tag nama kepada semua peserta program |
acara yang ditunggu-tunggu...mandi kolammm |
solat berjemaah diimamkan oleh En. Ahmad Tajuddin b. Mehat - AJK JPTP |
macam nak raya la pulakkk... |
aktiviti Malam Si Kunang Kunang - kanak-kanak di beri lampu cahaya |
aktiviti nyanyia & pergerakan kreatif dan permaianan kecil |
masa untuk tidurrr....jangan lupa baca doa duluuu |
dah pagi dahhh....apa lagi....senaman pagi la |
bergambar kenangan dengan waris murid yang hadir |
sempat bergambar dengan Pegawai Perpaduan Daerah JPNIN Kulim/BB, En. Zulkarny yang datang melawat |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan