Tarikh : 25 & 26 Jun 2011
Hari : Sabtu & Ahad
Tempat : Kelas Tabika Perpaduan Pekan Kulim
Murid-murid tabika akan bermalam di tabika dan beberapa aktiviti akan dijalankan bersama murid sebagai pengisian kepada program ini.
si kunang kunang.... |
Program ini adalah bertujuan untuk : -
- Menerap nilai-nilai murni iaitu keyakinan diri, nilai persaudaraan dan bekerjasama.
- Memberi peluang beraktiviti dan berinteraksi, mandi, makan, bermain dan tidur bersama.
- Hidup bersama di bawah satu bumbung tanpa mengira latar belakang keluarga, kaum dan agama.
- Meningkatkan lagi keyakinan diri dan menyemai jiwa kanak-kanak supaya menjadi penyayang di antara satu sama lain.
- Memupuk semangat perpaduan antara kaum, semangat kerjasama & tolong menolong di kalangan kanak-kanak, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.
- Mengembangkan potensi kanak-kanak seimbang dari segi JERIS.... jasmani... emosi... rohani... intelek dan juga sosial...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan